Tuesday, June 7, 2011

Teknik Pernafasan & Vowel Modification

Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pelajar perlu didedahkan bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat awal pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke dalam perut.
Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut pada bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus diagfram akan mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah pelajar tidak mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih berkesan lagi guru mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut rakan.

Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara. Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan udara yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak dapat diaplikasi dengan tepat.

Vowel Modification
Kedudukan lidah yang betul memainkan peranan yang penting dalam penghasilan suku kata yang baik ketika nynyian. Beberapa masalah yang timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah. Lidah sepatutnya dalam keadaan flat dan mencecah belakang gigi. Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru perlu mengingatkan pelajar bagaimana melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut dan juga pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini sedikit sebanyak mengganggu sesi latihan.

2 comments:

  1. nak tau la lebih lanjut teknik pernafasan ni... bole ajarkan?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah saya akan cuba memuatkan lebih lanjut tentang teknik pernafasan jika diberi masa dan kesempatan.

    ReplyDelete