Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain (Mc Brien & Brandt, 1997).
Selain itu Briner,M, 1999 juga menyatakan murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situsai baru dengan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Rumusannya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid-murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, muird akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Contoh aktiviti dalam P&P Bahasa Melayu
i. Objektif : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf “T” dengan imbuhan “me”
ii. Tajuk : Tatabahasa- Imbuhan Kata Kerja ( Awalan “me-“ untuk kata dasar yang bermula dengan huruf “t”.
iii. Tahun 6
iv. BBM : Kad gambar
v. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui yang kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar.
vi. Aktiviti:
· Murid ditunjukkan gambar orang sedang menulis, menendang bola, menumbuk sambal,menarik lembu dan menonton televisyen.
· Pelajar menulis ayat berkaitan dengan gambar dan menggarisi kata kerja berimbuhan seperti menulis, menendang dan sebagainya.
· Murid menentukan kata dasar bagi perkataan ini dan menyenaraikannya dalam jadual.
- Murid diberikan kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan “me-“ diletakkan pada awal kata dasar ini.
- Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.
- Murid membaca ayat-ayat berikut:-
Salleh menangis apabila dimarahi gurunya.
Rosmah menambah gula ke dalam minumannya.
Sambil menyelam Roslan telah mentelan air.
- Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.
- Murid merumus peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf “t” dengan imbuhan “me”
- Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf “t” tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.
Sumber Rujukan:
Modul BMM3101
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment