KREATIF
Pendidikan muzik juga merupakan pelengkap bagi pembinaan dan perkembangan potensi diri murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Bennett Reiner dalam bukunya “A Philosophy of Music Education” (1989) menyatakan bahawa muzik tidak sahaja sebagai bahasa emosi bagi pernyataan diri, tetapi juga mempunyai nilai-nilai positif dari segi pembangunan diri individu dan kumpulan. Ia juga bertindak sebagai saluran ke arah pemupukan semangat cintakan bangsa, negara dan agama dan juga pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya serta mempunyai nilai-nilai murni. Unsur ini jangan dipandang remeh oleh pihak sekolah khususnya guru-guru pendidikan muzik. Ia harus ditanam dan dipupuk di dalam diri murid seawal mungkin agar perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia telah sedia dimaklumi dan difahami oleh mereka.
Pergerakan secara asasnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
(a) Pergerakan bukan lokomotor:
Contoh: tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik.
(b) Pergerakan lokomotor:
Contoh: berjalan, meloncat, berlari, merangkak, merayap, bergolek, bergalop, skip, berputar, melompat.
Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi. Pergerakan
non-lokomotor dan pergerakan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan
kreatif di mana pelajar dapat memanafaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus
dalam melakukan sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan halus
perlu diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan
tahap kesediaan pelajar.
TOPIK 9 PENGALAMAN MUZIKAL �� 117
Pergerakan kreatif pula bertindak sebagai satu alternatif bagi memperkembangkan
potensi individu. Hal ini mengambil kira Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard
Gardner 1983) individu khususnya individu yang mempunyai kecerdasan dari
segi kinestetik dalam meluahkan atau menginterpretasi idea dan perasaan sekali
gus bertindak sebagai satu cara penyelesaian masalah (problem solving) dan Teori
Gaya Pembelajaran Kenneth dan Rita Dunn.
Pergerakan Kreatif adalah teknik asas yang melibatkan kesemua deria dalam
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam
meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi sesuatu melalui
muzik secara pergerakan fi zikal yang bersifat ‘nonverbal’. Dalam lain perkataan
pergerakan kreatif adalah satu pengalaman sensori yang asas untuk membantu
murid memahami konsep muzik.
Pergerakan kreatif adalah suatu perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku
secara automatis, spontan atau terurus (melibatkan perancangan yang lebih
tersusun yang lebih dikenali sebagai koreografi ) yang dilakukan melalui postur,
gerak isyarat, dan pelbagai cara pergerakan badan. Ia dizahirkan dengan cara yang
kreatif dan simbolik.
Pergerakan kreatif sebagai satu pengalaman psikomotor, mengintegrasikan domain
kognitif dan domain afektif di samping mewujudkan gaya pembelajaran yang
berbeza mengikut individu.
Pergerakan kreatif yang pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi
idea, perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk
permainan. Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara
mereka tersendiri, menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman
mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah
yang boleh mereka fi kirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru.
Pergerakan kreatif boleh dilakukan di mana sahaja. Pergerakan kreatif memberikan
kebebasan menggunakan anggota badan dengan memanipulasikan pengalaman
sedia ada untuk meluahkan perasaan. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap
kesediaan murid dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi
anggota badan.
Memandangkan konsep muzik merupakan teras pengajaran dalam mata pelajaran
pendidikan muzik, maka adalah lebih mudah ia difahami jika diterapkan ke dalam
Bahan disumbangkan oleh:En.Raja Sulaiman bin Raja Kamil,
Unit Muzik,
IPG Kampus Tuanku Bainun.
No comments:
Post a Comment