Thursday, June 2, 2011

SATB

Manusia mempunyai suara yang berbeza dari aspek julat suara atau “vocal range”. Misalnya, suara bagi seseorang yang muda atau kanak-kanak adalah tinggi berbanding dengan orang dewasa. Suara yang bernyanyi secara harmoni boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang utama iaitu:

(a) Soprano;
(b) Alto;
(c) Tenor; dan
(d) Bes.

Julat suara antara kumpulan ini diringkaskan seperti yang ditunjukkan di dalam berikut:

Dua suara adalah bergerak ke satu arah, sama ada secara menaik atau menurun. Pergerakan itu adalah secara selari atau parallel jika pergerakan jeda adalah sama bagi kedua-dua suara. Ataupun secara berlawanan atau contrary motion jika satu bergerak secara menaik dan satu secara menurun; dan pergerakan secara oblique jika satu pergerakan suara kekal pada not yang sama sementara yang lain bertukar pergerakan.

Bahan disumbangkan oleh:
En.Raja Sulaiman bin Raja Kamil,
Unit Muzik<
IPGM Kampus Tuanku Bainun.


No comments:

Post a Comment