Pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
Objektif program pemulihan
Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
- Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;
- Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
- Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
- Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;
- Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
- Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari;
- Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
No comments:
Post a Comment