Tuesday, June 7, 2011

Pengajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

Matlamat

Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan kepada muird-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, berinteraksi dan mengendalikan urusan harian

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda sepatutnya dapat:-

1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi forma.
2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi.
3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
4.
Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis
5.
Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan
6.
Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayan nilai murni
melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
7.
Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur
pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;
8.
menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang
betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
9.
Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu; dan
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan
cinta akan negara.


1 comment: