Tuesday, June 7, 2011

Organisasi Kurikulum

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil pembelajaran ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sistem Bahasa
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa

Tatabahasa

· Morfologi

· Sintaksis

Kosa Kata

· Umum

· Istilah

Sebutan

· Bahasa Melayu Baku

Peribahasa

· Bahasa Kiasan

· Simpulan Bahasa

· Perumpamaan

· Pepatah

· Perbilangan

Intonasi mengikut pola

· Jenis ayat

· Susunan ayat

· Ragam ayat

Sistem Ejaan

· Pola keselarasan vokal

· Ejaan kata pinjaman

· Ejaan kata dasar dan kata pinjaman

Sumber Rujukan:
Modul BMM3101
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

SEKTOR
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Post a Comment