Wednesday, December 7, 2011

Tugasan MZU 3110 Permainan Kibod dan Nyanyian Dlm Bilik Darjah

Kemahiran dalam permainan kibod merupakan satu kelebihan kepada guru muzik mengendalikan kelas pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Alat muzik kibod sebagai alat bantuan mengajar dapat membantu guru melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan.
Secara individu anda dikehendaki:
1. Menyediakan tugasan secara bertulis tentang kelebihan alat muzik kibod sebagai alat dalam P&P Nyanyian. Huraikan.
2. Menyediakan penukaran skor lagu pilihan dari ada major ke nada minor dan sebaliknya.
Menyediakan penukaran skor lagu pilihan dalam 2 jenis nada menaik dan menurun.
Mempersembahkan nyanyian lagu pilihan dengan iringan kibod menggunakan kedua-dua belah tangan secara baik,lancar dan berkesan,

Pensyarah:
En.Mohd Sabri bin Ariffin
Unit Muzik,Jabatan Sains Sosial
IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Friday, October 14, 2011

Tugasan Bagi Group Vokal

Berkut adalah Tugasan bagi group vokal.
1. menghasilkan sebuah tugasan bertulis dan memberi penerangan ringkas tentang “KLASIFIKASI / JENIS SUARA” dan “PERLETAKAN / REGISTER SUARA”. Perbincangan dalam penulisan anda boleh mencakupi aspek-aspek seperti a) Pembahagian suara wanita (Soprano/Mezzo Soprano/Contralto dll), dan lelaki (Tenor/Baritone/Bes dll), serta suara kanak-kanak sekolah rendah. b) Register Dada/Register Pertengahan/Register Kepala dan sebagainya yang dianggap relevan.
2. menjalankan latihan nyanyian repertoire lagu dengan mengaplikasikan teknik-teknik vokal (kawalan pernafasan dan perletakan & pelontaran suara) yang diperlukan untuk menghasilkan nyanyian yang berkualiti semasa penilaian kelas amali yang akan dilaksanakan nanti
3. membuat catatan dan refleksi tentang proses penulisan dan pembelajaran yang dilalui.

TARIKH MULA: 3 OKT 2011 TARIKH HANTAR: 3 NOVEMBER 2011

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.
2. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.
3. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan / Unit
v. Kod dan Kursus
vi. Nama Pensyarah Pembimbing
4. Ujian dan persembahan secara individu akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh pensyarah pembimbing anda.
5. Tarikh serahan tugasan ini ialah 3 November 2011.

Semua bahan-bahan hendaklah disusun dalam fail dengan kemas dan teratur.

Pensyarah:
(Chang Siew Fong)
Pensyarah Bidang Muzik,
Jabatan Sains Sosial,
IPG, Kampus Tuanku Bainun

Wednesday, July 13, 2011

Tugasan Aural Dan Nyanyian Semerta II

Kemahiran mendengar bukan sahaja boleh menajamkan deria pendengaran malah dapat memantapkan lagi pemahaman konsep harmoni. Dalam kursus

Ini anda didedahkan kepada penggunaan solfa untuk memperkembangkan kemahiran dalam nyanyian melodi dan irama dalam pelbagai nada, meter dan nilai not. Oleh yang demikian, secara individu anda dikehendaki:

a) Mengumpul 3 buah lagu kanak-kanak (lagu Melayu, lagu Cina dan lagu Tamil setiap satu).

b) Mengenal pasti jenis skel setiap lagu yang dikumpul.

c) Menulis solfa bagi setiap lagu yang dikumpul.

d) Mencari jeda-jeda antara not-not bagi setiap lagu yang dikumpul.

e) Mengenal pasti kord dan kaden.
f)
Membuat catatan dan refleksi tentang proses pencarian penulisan yang dilalui.

Tarikh Mula

12 JULAI 2011

Tarikh Serahan

12 SEPTEMBER 2011

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.

2. Format penulisan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer seperti yang berikut:

i. Font jenis Arial

ii. Saiz huruf 12

iii. Langkau satu setengah baris.

3. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.

4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

i. Nama Pelajar

ii. Angka Giliran

iii. No. Kad Pengenalan

iv. Kumpulan / Unit

v. Kod dan Kursus

vi. Nama Pensyarah Pembimbing

5. Tarikh serahan tugasan ini ialah September 2011.

6. Amalan plagiat adalah dilarang.

7. Tugasan Kerja Kursus ini membawa markah 100%.


Pensyarah:

(Yeoh Chit Choo)

Pensyarah Unit Muzik,

Jabatan Sains Sosial,

IPG, Kampus Tuanku Bainun


Tuesday, July 12, 2011

Tugasan Piano II

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.

2. Format penulisan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer seperti yang berikut:

i. Font jenis Arial

ii. Saiz huruf 12

iii. Langkau satu setengah baris.

3. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.

4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

i. Nama Pelajar

ii. Angka Giliran

iii. No. Kad Pengenalan

iv. Kumpulan / Unit

v. Kod dan Kursus

vi. Nama Pensyarah Pembimbing

5. Tarikh serahan tugasan ini ialah September 2011.

6. Amalan plagiat adalah dilarang.

7. Tugasan Kerja Kursus ini membawa markah 100%.


Kemahiran dalam permainan piano merupakan satu kelebihan kepada guru muzik semasa mengendalikan kelas muzik di dalam bilik darjah. Dalam kursus

Piano tahap II ini, anda didedahkan kepada pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan semerta. Anda juga didedahkan

dengan kemahiran dalam memainkan iringan mudah dalam pelbagai rentak sebagai persediaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh yang

demikian, dalam Kerja Kursus Pendek Berasaskan Ilmu ini, secara individu anda dikehendaki :

a) Membuat penulisan tentang riwayat hidup pemuzik berikut dan ciri-ciri zaman tersebut: BACH – BAROK

b) Menulis penerangan pendek tentang teknik ‘staccato’

c) Mengumpul 4 buah lagu KBSR.

d) Mencari kord yang sesuai bagi 4 buah lagu yang dikumpul.

e) Memilih rentak yang sesuai bagi mengiringi 4 buah lagu yang dikumpul.

f) Membuat catatan dan refleksi tentang proses pencarian penulisan yang dilalui.

g) Mempersembahkan permainan piano salah sebuah lagu dengan iringan kord dan rentak yang sesuai.

Pensyarah:

(Yeoh Chit Choo)

Pensyarah Unit Muzik,

Jabatan Sains Sosial,

IPG, Kampus Tuanku Bainun

Tarikh Mula

12 JULAI 2011

Tarikh Serahan

12 SEPTEMBER 2011