Wednesday, June 8, 2011

Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Objektif Pengayaan

  1. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
  2. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;
  3. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri;
  4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan;
  5. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.
Aktiviti Pengayaan
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:

  1. Pembelajaran akses kendiri;
  2. Kerja projek;
  3. Bacaan tambahan;
  4. Permainan dan rekreasi; dan
  5. Pembelajaran berbantukan komputer.



No comments:

Post a Comment