Wednesday, June 8, 2011

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara
kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.
  1. Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi,dan gaya pembacaan yang sesuai
    • Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutandan intonasi yang betul dan memahami perkara yangdibaca.
    • Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutandan intonasi yang betul dan lancar serta memahamiperkara yang dibaca.
    2. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
    • Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkanmaklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasukmaklumat daripada internet.
    • Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
    • Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
    • Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
    • Membaca pantas secara imbasan untukmendapatkan maklumat khusus.
    • Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.
    3. Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca
    • Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
    • Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesantertentu kepada pembaca.
    • Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkandan memperkukuh minat membaca.

No comments:

Post a Comment