Wednesday, June 8, 2011

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:

a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

  • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
  • Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
  • Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
  • Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan :

1. Penggabungjalinan kemahiran

2. Penggabungjalinan bahan

3. Penggabungjalinan aktiviti

Sumber Rujukan:
Modul BMM3101
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

SEKTOR
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment