Thursday, May 10, 2012

Profoma MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1


Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Muzik - Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Kurikulum & Pengajaran Muzik I
(Curiculum and Music Teaching I)
Kod Kursus
MZU3114
   Kredit
2(1+1)
Jam Kontak
45 jam
Bahasa Penghantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama / Kedua
Hasil Pembelajaran

1.      Menganalisis kandungan kurikulum yang dipelajari untuk diterjemahkan ke dalam perancangan tahunan, mingguan dan harian.
2.      Berupaya merancang dan menjalankan aktiviti dalam masa yang ditetapkan.
3.      Merangka pengajaran tahunan, semester, mingguan dan harian mengikut format yang ditetapkan.
4.      Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan  elemen-elemen muzik yang telah dipelajari.
5.      Melaksanakan pengajaran mikro dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan kandungan kurikulum muzik sekolah rendah. Kursus ini memberi pendedahan kepada sukatan pelajaran pendidikan muzik KBSR. Ia juga merangkumi kemahiran menulis rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian serta pengajaran mikro. Di samping itu, perancangan serta format rancangan pelajaran tahunan, rancangan mingguan dan rancangan harian diberi penekanan. Topik utama yang diberi tumpuan ialah mengaplikasikan kandungan sukatan pendidikan muzik sekolah rendah dalam sesi latihan pengajaran mikro.

This course discusses the primary school music curriculum, primarily on the KBSR music education syllabus. It comprises of preparing, planning and writing the year plan, weekly plan and the daily lesson plan with reference to the primary school music education syllabus. Micro teaching sessions are based on the primary school music education syllabus.
                                                            
                                                                                                                   

Tajuk
Kandungan
Jam


1
Teori
Sukatan Pendidikan Muzik KBSR Tahap 1 & 2

Penelitian sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran KBSR
Objektif KBSR
Struktur sukatan – 4 aspek
  • Persepsi estetik
  • Pengalaman muzikal
  • Ekspresi kreatif
  • Penghargaan Estetik

Kandungan sukatan pelajaran KBSR
  • konsep muzik
  • Kemahiran : nyanyian, permainan alat, persembahan
  • Kreativiti
  • Apresiasi

Kandungan huraian sukatan KBSR yang terdapat dalam
  • Item
  • Hasil pembelajaran
  • Catatan



2
2
Perancangan tahunan
  • Penelitian rancangan kerja tahunan
  • Penyediaan rancangan kerja tahunan


1
3
Perancangan mingguan                 
·         Penelitian rancangan kerja mingguan
·         Penyediaan rancangan kerja mingguan


2
4
Perancangan harian

·         Penelitian rancangan kerja harian
·         Penyediaan rancangan kerja harian
·         Pendedahan format rancangan harian
      - Pemilihan konsep dan kemahiran
     - Perancangan aktiviti untuk penyampaian  konsep muzik
     - Penulisan hasil pembelajaran
     - Penyediaan dan penulisan rancangan kerja harian – set induksi, langkah-langkah penyampaian dan penutup.


5
5
Persediaan untuk pengajaran mikro
·         Prinsip pengajaran mikro
·         Praktikkan teknik dan kemahiran pengajaran mikro
·         Penyediaan alat bantu mengajar

5
JUMLAH
15
6
Amali
Perancangan tahunan
  • Menuliskan rancangan kerja tahunan


1
7
Perancangan mingguan                 
·         Menuliskan rancangan kerja mingguan


2
8
Perancangan harian
Menyediakan rancangan kerja harian
Menuliskan rancangan kerja harian
·         Set induksi
·         Langkah-langkah penyampaian
·         Penutup

2
9
Persediaan untuk pengajaran mikro
·         Mempraktikkan teknik dan kemahiran pengajaran mikro
·         Menyediakan alat bantu mengajar

10
10
Sesi latihan amali
Menjalankan pengajaran mikro.

15
JUMLAH
30
JUMLAH KESELURUHAN
45

Pentaksiran
Penilaian dalam bentuk kerja kursus
Rancangan harian = 50%
Pengajaran mikro = 50%

Rujukan
Asas
Campbell, P.S. & Kassner, C.S. (1995). Music in childhood. London: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Rujukan
Tambahan
Oliva, P.F. (1997) Developing the curiculum.(4th edition) New York: Longman.
Hackett, P. & Lindeman, C.A. (2004). The musical classroom (6th Ed). New Jersey: Prentice Hall.


                                                                                     

Saturday, March 3, 2012

Surat Panggilan PGSR Mac 2012


Berikut adalah surat panggilan bagi interaksi Mac 2012
Kelas akan bermula pada Hari Ahad 11.3.2012. Oleh yang demikian rakan-rakan yang ingin menginap di asrama diminta mendaftar pada hari Sabtu 10.3.2012.Harap maklum

Wednesday, December 7, 2011

Tugasan MZU 3110 Permainan Kibod dan Nyanyian Dlm Bilik Darjah

Kemahiran dalam permainan kibod merupakan satu kelebihan kepada guru muzik mengendalikan kelas pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Alat muzik kibod sebagai alat bantuan mengajar dapat membantu guru melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan.
Secara individu anda dikehendaki:
1. Menyediakan tugasan secara bertulis tentang kelebihan alat muzik kibod sebagai alat dalam P&P Nyanyian. Huraikan.
2. Menyediakan penukaran skor lagu pilihan dari ada major ke nada minor dan sebaliknya.
Menyediakan penukaran skor lagu pilihan dalam 2 jenis nada menaik dan menurun.
Mempersembahkan nyanyian lagu pilihan dengan iringan kibod menggunakan kedua-dua belah tangan secara baik,lancar dan berkesan,

Pensyarah:
En.Mohd Sabri bin Ariffin
Unit Muzik,Jabatan Sains Sosial
IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Friday, October 14, 2011

Tugasan Bagi Group Vokal

Berkut adalah Tugasan bagi group vokal.
1. menghasilkan sebuah tugasan bertulis dan memberi penerangan ringkas tentang “KLASIFIKASI / JENIS SUARA” dan “PERLETAKAN / REGISTER SUARA”. Perbincangan dalam penulisan anda boleh mencakupi aspek-aspek seperti a) Pembahagian suara wanita (Soprano/Mezzo Soprano/Contralto dll), dan lelaki (Tenor/Baritone/Bes dll), serta suara kanak-kanak sekolah rendah. b) Register Dada/Register Pertengahan/Register Kepala dan sebagainya yang dianggap relevan.
2. menjalankan latihan nyanyian repertoire lagu dengan mengaplikasikan teknik-teknik vokal (kawalan pernafasan dan perletakan & pelontaran suara) yang diperlukan untuk menghasilkan nyanyian yang berkualiti semasa penilaian kelas amali yang akan dilaksanakan nanti
3. membuat catatan dan refleksi tentang proses penulisan dan pembelajaran yang dilalui.

TARIKH MULA: 3 OKT 2011 TARIKH HANTAR: 3 NOVEMBER 2011

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.
2. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.
3. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan / Unit
v. Kod dan Kursus
vi. Nama Pensyarah Pembimbing
4. Ujian dan persembahan secara individu akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh pensyarah pembimbing anda.
5. Tarikh serahan tugasan ini ialah 3 November 2011.

Semua bahan-bahan hendaklah disusun dalam fail dengan kemas dan teratur.

Pensyarah:
(Chang Siew Fong)
Pensyarah Bidang Muzik,
Jabatan Sains Sosial,
IPG, Kampus Tuanku Bainun