Monday, June 11, 2012

Tugasan PSK 3103 Kaedah Pengajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan


Tajuk Kerja Kurus Pendek (100%)

Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting dalam menyampaikan isi kandungan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan sekolah rendah.
 
Sub Tugasan 1 : (50%)

    Bincangkan secara terperinci TIGA kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
                                                                                                       
 Sub Tugasan 2 : (50%)

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk mana-mana SATU topik Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Sila lampirkan dalam bentuk “softcopy” (CD) semua bahan sumber yang dirancang penggunaannya dalam RPH anda seperti lembaran kerja murid, gambar foto sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran, “powerpoint” dan sebagainya.

Tarikh Hantar : 19 NOVEMBER 2012

Nama Pensyarah:
CHUAH BOON KEAT  

Tugasan BMM 3103

Anda dikehendaki:
1. Menjelaskan konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
2. Menegaskan konsep asas sama ada asas pengukian, pengukuran, penilaian atau pentaksiran.

Tarik hantar : 10.7.2012

Nama Pensyarah:
Dr.Ismail bin Abd. Rahman,
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Tugasan Piano IV

Sebagai seorang guru muzik, adalah wajar kita mempunyai kemahiran dalam permainan piano. Melalui pembelajaran permainan piano akan membantu aktiviti pengajaran muzik di bilik darjah. Pembelajaran lanjutan permainan piano tahap IV ini diharap akan meningkat dan mengaplikasi pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan secara iringan di sekolah rendah.
Dalam kerja kursus pendek berasaskan ilmu ini, secara individu anda dikehendaki:
1. Membuat satu penulisan ilmiah berkaitan kepentingan guru-guru muzik menguasai kemahiran memainkan iringan mudah untuk mengiringi lagu-lagu KBSR/KSSR dan lagu-lagu semasa sekolah rendah.
Refleksi ringkas hendaklah ditulis bersama tugasan anda.
2. Mencari maklumat dan mengumpulkannya berdasarkan tajuk yang ditulis dari pelbagai sumber seperti buku, jurnul, artikel, majalah dan sebagainya. Bahan yang dikumpul hendaklah dibaca dan dibuat catatan ringkas.

Nama Pensyarah:
Pn. Yeoh Chit Choo,
Pensyarah Unit Muzik,
Jabatan Sains Sosial