Friday, October 14, 2011

Tugasan Bagi Group Vokal

Berkut adalah Tugasan bagi group vokal.
1. menghasilkan sebuah tugasan bertulis dan memberi penerangan ringkas tentang “KLASIFIKASI / JENIS SUARA” dan “PERLETAKAN / REGISTER SUARA”. Perbincangan dalam penulisan anda boleh mencakupi aspek-aspek seperti a) Pembahagian suara wanita (Soprano/Mezzo Soprano/Contralto dll), dan lelaki (Tenor/Baritone/Bes dll), serta suara kanak-kanak sekolah rendah. b) Register Dada/Register Pertengahan/Register Kepala dan sebagainya yang dianggap relevan.
2. menjalankan latihan nyanyian repertoire lagu dengan mengaplikasikan teknik-teknik vokal (kawalan pernafasan dan perletakan & pelontaran suara) yang diperlukan untuk menghasilkan nyanyian yang berkualiti semasa penilaian kelas amali yang akan dilaksanakan nanti
3. membuat catatan dan refleksi tentang proses penulisan dan pembelajaran yang dilalui.

TARIKH MULA: 3 OKT 2011 TARIKH HANTAR: 3 NOVEMBER 2011

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.
2. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.
3. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan / Unit
v. Kod dan Kursus
vi. Nama Pensyarah Pembimbing
4. Ujian dan persembahan secara individu akan dijalankan mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh pensyarah pembimbing anda.
5. Tarikh serahan tugasan ini ialah 3 November 2011.

Semua bahan-bahan hendaklah disusun dalam fail dengan kemas dan teratur.

Pensyarah:
(Chang Siew Fong)
Pensyarah Bidang Muzik,
Jabatan Sains Sosial,
IPG, Kampus Tuanku Bainun